Tuesday, 15 November 2016

Ketagihan Media Sosial . Kebaikan & Keburukannya






                                          Berikut saya senaraikan beberapa kebaikan dan keburukan media sosial ☺



  • Media Sosial


Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja.

 Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka.


Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Penggunaan laman sosial ini juga memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja. 





  • Media Sosial Punca Penceraian 






Salah guna terhadap aplikasi media sosial dikesan antara punca dikenal pasti menyebabkan pasangan suami isteri cenderung berlaku curang.
Sikap pasangan suami isteri yang pentingkan media sosial turut menyumbang kepada krisis rumah tangga yang akhirnya membawa kepada penceraian.
Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata, "pengaruh media sosial dan trend penggunaan gajet elektronik canggih telah menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada berlakunya kes penceraian di Malaysia. 
Katanya lagi, "kalau dulu setakat laman sosial Facebook dan Myspace saja yang popular, tapi sekarang ni sudah ada Whatsapp,Instagram, Wechat dan banyak lagi. Semua itu adalah pendorong berlakunya kes curang di antara pasangan sehingga boleh menyebabkan penceraian.

Tambahnya lagi, "zaman sekarang ni memang senang sangat pasangan nak curang,ditambah pula dengan zaman serba canggih ni. semua dihujung jari. Chat sana sini, last-last timbul niat lain . Itu yang menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Ajak teman 'lunch' lah, akhirnya 'Tersuka tanpa sengaja".




  • Kurangnya Bergaul Dengan Rakan 





Seterusnya ialah kurangnya bergaul bersama rakan . Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan kepada komuniti online di alam maya berbanding komuniti offline.

Perkara ini sedikit sebanyak dapat menggugat hubungan antara rakan-rakan , jiran tetangga malahan keluarga sendiri. Perkara ini harus diambil series oleh semua pihak supaya kita tidak lalai dengan kehidupan di alam maya sehingga kita tidak tahu perkembangan orang lain di alam reliti.




  • Perkongsian Maklumat/Ilmu





Dengan laman sosial , pengguna media sosial menjadi mudah untuk menyebarkan maklumat serta pengetahuan mereka ke dalam internet. Penggunaan media sosial juga dapat memudahkan kerja penukaran maklumat diantara pengguna dengan pengguna dengan orang lain.

Bukan itu sahaja, media sosial juga merupakan alat pendidikan dan ianya dapat membantu pembelajaran menjadi lebih efektif. Contohnya aplikasi e-books. Media sosial seperti whatsapp juga sering digunakan untuk berkongsi maklumat diantara pengajar dan pelajar-pelajar. Sebagai contoh, pengajar hanya memberi arahan dan link website untuk para pelajar membuat kerja dan juga sebagai rujukan bersama. 




  • Menaikkan Semangat & Motivasi






Menaikkan semangat dan motivasi . Golongan remaja khususnya amat mudah terkesan dan terpengaruh dengan keadaan persekitaran . Begitu juga dengan laman sosial , jika mereka mempunyai rangkaian rakan yang positif mereka juga akan terikut dengan persekitaran tersebut. 

Contohnya di Facebook, mereka mengikuti kumpulan yang sentiasa memberi kata-kata semangat setiap hari dan ini sedikit sebanyak membantu mereka untuk sentiasa kekal positif dan seterusnya membantu mereka untuk menjadi seseorang yang cemerlang.

Sebagai ibu bapa, hendaklah juga mengawal penggunaan medial sosial anak-anak supaya pergaulan mereka tidak sampai ke tahap pergaulan yang terlampau bebas. Pengawalan ibu bapa juga dapat membantu anak-anak supaya tidak berkelakuan ''extreme''. 





  • Perniagaan online




Dunia internet tidak sah tanpa jual beli secara online. Penggunaan media sosial amatlah membantu golongan peniaga bagi mengembangkan perniagaan mereka. 

Di zaman dunia dihujung jari ini, terdapat banyak laman sesawang yang telah wujud bagi memudahkan peniaga-peniaga untuk menjual barang mereka. Contohnya Lazada, Mudah.my, 11street.my dan macam-macam lagi. Online business juga membantu mereka untuk menjual beli tanpa batas contohnya Ahmad tinggal di Perlis dan ingin membeli barang yang hanya terdapat di Kuala Lumpur. Beliau hanya perlu menggunakan internet sahaj untuk mendapatkannya. Amat mudah

Dunia internet juga tidak dapat menghalang penipu atau 'scammer' untuk melakukan perniagaan. Perkara ini sewajarnya tidak berlaku di kalangan rakyat Malaysia . Sebagai pembeli, kita hendaklah sentiasa berhati-hati supaya tidak mudah ditipu oleh penipu online ini. 









No comments:

Post a Comment